8 negeri terima agihan Al-Quran oleh SKUAD KITA BANTU

“Jika datang kepada kamu satu kegembiraan, maka besarkanlah kesyukuran”. (Ustazah Asma’ Harun)

Infaq al-Quran merupakan terbaik untuk kelangsungan ilmu mempelajari al-Quran.

Alhamdulillah, pada 25 Jun hingga 27 Jun yang lepas, telah agihkan al-quran kepada 22 orang dalam golongan yang terkesan daripada pandemik.

Sukarelawan Skuad Kita Bantu telah agihkan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Segala amalan baik yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT, Allah SWT akan berikan ganjaran pahala:

“Dan apa sahaja kebaikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”. (Surah Ali ‘Imran:115)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *