Adakah Mereka dan Kita Terlalu Berbeza?

Sebak lihat anak-anak kecil duduk di kaki lima. itulah sebahagian golongan gelandangan yang kami jumpa di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Sejak PKP ini kurang bantuan dari NGO untuk salurkan makanan kepada gelandangan.

Ada dari mereka yang telah berumur, bahkan ada juga kami lihat seorang ibu berteduh di bawah bangunan bersama anak-anaknya.

Kami turun berikan pek makanan kepada mereka. Gembira mereka berebut-rebut nak ambil makanan.

Ketika sedang edar, perasan ada seorang akak ini mula duduk di tepi lorong kedai dan membuka bungkusan pek makanan diambil tadi.

Bergelinang air mata kami melihat dia mula menyuapkan makanan ke mulut anak-anak kecilnya. Allahu.. berapa hari agaknya mereka belum menjamah makanan… Moga sedikit makanan yang kami beri ini dapat menceriakan hari mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *