Agihan Bantuan Tabung Mahasiswa & Remaja 2.0 Di Shah Alam

14/11/2020 (SABTU) – Alhamdulillah pada Sabtu minggu lepas, Yayasan Maghfirah berjaya mengagihkan bantuan barangan asas kepada 10 orang remaja yang berasal dari keluarga B40 dan asnaf di Shah Alam.
Bantuan ini diagihkan dengan kerjasama Tarbiah Sentap & anak-anak remaja dari Kelab Remaja ISMA Shah Alam. Ketika ini banyak keluarga terutamanya asnaf terjejas akibat PKPB. Para remaja ini turut menerima tempias daripada kesusahan yang menimpa keluarga.
Semoga Allah menggandakan saham pahala kepada tuan/puan atas sumbangan untuk meringankan beban remaja dan keluarga yang kesusahan ketika ini.
Ayuh terus hulurkan sumbangan tuan/puan untuk Tabung Mahasiswa & Remaja 2.0, InshaAllah lebih ramai remaja susah yang akan dapat kami santuni hasil bantuan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *