Agihan Essential Kit Buat Mangsa Banjir Terengganu

130 PEK ESSENTIAL KIT BERJAYA DIAGIH KEPADA MANGSA BANJIR DI TERENGGANU

 

Sejak pandemik, pemakaian pelitup muka dan pembasmi kuman menjadi kewajipan! Sebagai langkah pencegahan, setiap daripada kita memerlukannya.
Akan tetapi, tidak semua berupaya mendapatkannya untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga.
Ketika kes semakin meningkat, saudara kita di Terengganu terkesan dengan banjir. Dalam masa yang sama, harus membiasakan dengan langkah pencegahan wabak.

 

Terpanggil untuk menghulurkan bantuan, tim Yayasan Maghfirah bersama I-Medik berjaya mengagihkan 130 pek essential kit kepada mangsa banjir di Dungun.
Dua pusat pemindahan sementara yang terlibat:
i) Dewan Sivik Paka, 66 orang.
ii) Kampung Pasir Raja Bukit Besi, 25 keluarga.

 

Sesungguhnya mereka memerlukan lebih banyak bantuan daripada kita.
Bersedekahlah walaupun dengan sekecil-kecil perkara:
Daripada ‘Adi bin Hatim R.A. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *