Agihan Essential Kit Kepada Keluarga Terkesan Di Rawang

19/10/2020 (ISNIN)- Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Essential Kit kepada sebuah keluarga di Rawang, Selangor yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan 4 orang anak yang masih kecil.
Agihan ini terdiri daripada 4 set kotak pelitup muka kanak-kanak dan 1 set kotak pelitup muka dewasa.
‘Syukur’, kata penerima apabila sumbangan ini mampu membantu untuk melindungi mereka sekeluarga dari wabak pandemik covid-19 di samping mengurangkan perbelanjaan mereka untuk membeli pelitup muka.
Sebelum ini mereka merasa agak terbeban untuk membeli set pelitup muka memandang 3 dari 4 orang anaknya sedang bersekolah dan diwajibkan mengikut SOP seperti memakai pelitup muka.
Kami tidak akan berjaya melakukan agihan ini tanpa sumbangan daripada tuan/puan. Semoga Allah SWT membalas amal para penderma dengan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.
Kami mengajak tuan/puan untuk terus menyumbang dalam Kempen Essential Kit anjuran Yayasan Maghfirah agar lebih banyak bantuan kit kesihatan seperti face mask dan hand sanitizers dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *