Agihan Tabung Makanan Asnaf di Alor Gajah, Melaka

13/12/2020 (AHAD) – Team Yayasan Maghfirah berkesempatan menziarahi dan memberi sedikit bantuan kepada keluarga Puan Noor Ain bt Muhd Saleh di Kampung Ganun, Alor Gajah, Melaka.

Puan Ain merupakan ibu kepada 3 orang anak kecil. Sejak wabak melanda negara dan pkp dijalankan keluarga Puan Ain dihimpit kesempitan apabila suaminya yang hanya bekerja kontrak dibuang kerja.

Bertambah malang, suaminya juga tidak berapa sihat, beliau mempunyai sakit semput dan ia membataskannya untuk melakukan kerja-kerja berat.

Tidak cukup dengan itu, anaknya yg berumur 6 tahun turut menghidap sakit semput dan memerlukan peralatan pernafasan.

Mereka terpaksa mencatu makanan disebabkan duit perbelanjaan yang tidak mencukupi dan semakin habis.

Sayu hati melihat keluarga ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Mari semua, kita kongsi rezeki bersama membantu lebih ramai keluarga yang senasib dengan keluarga Puan Ain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *