Agihan Tabung Makanan Asnaf di Petaling Jaya

19/12/2020 (Sabtu) – Team Yayasan Maghfirah berkesempatan menziarahi dan memberi sedikit bantuan kepada keluarga Puan Suryani yang mana merupakan OKU Penglihatan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.

 

Peningkatan kes di Selangor memberi kesan kepada Puan Suryani dan suami. Kedua-dua mereka bekerja sendiri sebagai tukang urut.
Justeru, pelaksanaan PKPB di Selangor menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
Dalam keadaan mereka yang kurang upaya menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar kerana tiada pilihan yang banyak untuk mencari pendapatan alternatif dan kebergantungan mereka hanya pada bantuan JKM.

 

Mari, kita kongsi rezeki bersama mereka. Ramai yang memerlukan bantuan kita, mungkin sumbangan kita yang sedikit dapat menjadi asbab kepada kesenangan yang kita kecapi. In Shaa Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *