Apa yang Mereka Makan di Hari-hari PKP ini?

Kalau kita mungkin RM 100 dari gaji tu digunakan membeli beras, telur, tepung, atau kicap minyak masak untuk bagi anak makan.

Tapi bayangkan golongan asnaf yang kehilangan mata pencariaan, para peniaga yang tak dapat cari rezeki musim PKP ni nak dapat RM 100 tu seminggu pun susah.

Siapa yang tak rungsing dengar anak menangis nak susu, siapa yang tak pening tengok bil api air tertunggak. tuan rumah pula nak halau keluar dari rumah sebab sewa tak bayar.

Tak mustahil bagi orang yang tertekan untuk lakukan sesuatu di luar kawalan.

Ya mungkin kita boleh nasihatkan sabar. sabar tapi bagi orang yang mengalaminya siapa yang tahu.

Tuan/puan tak cukup sekadar kita beri dorongan, kita perlu menghulurkan tangan kita membantu mana yang mampu kerana itulah sebaik-baik ikhtiar.

Yayasan Maghfirah mengajak tuan/puan untuk menyumbang dalam tabung kecemasan Bantuan Jiwa Peduli.

InshaAllah RM 100 yang tuan/puan sumbangkan mampu melengkapi keperluan asnaf supaya mereka tidak perlu kelaparan menghadapi musim PKP ini.

sumbangan serendah RM 10 pun dialu-alukan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *