Bantuan Air Bersih Buat Penduduk Terjejas Banjir Di Raub

9 Januari 2020 (SABTU) – Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang kerana hasil sumbangan anda kami berjaya menghadiahkan 10 buah tangki statik untuk menyalurkan air bersih kepada penduduk di Raub.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pengurusan Air Pahang PAIP Sdn dan Relawan Muda ISMA kerana bersama dalam usaha bantuan ini.

Sejak banjir berlaku, penduduk Raub telah terputus bekalan air bersih. InshaAllah bantuan ini membolehkan mereka kembali melakukan aktiviti harian.

 

Bukan sahaja Raub, malah masih banyak lagi kawasan terjejas banjir yang mengalami masalah bekalan air bersih yang dahsyat.Kini bantuan bekalan air bersih merupakan salah satu inisiatif terbesar dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir.

 

Kami merancang untuk menyalurkan bantuan bekalan air bersih kepada lebih banyak kawasan terputus bekalan air. Sehubungan dengan itu, kami mengajak Tuan/Puan untuk terus menyumbang agar kami dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.
#MisiBantuanMangsaBanjir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *