Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran Di Kuching

15/11/2020 (AHAD) – Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Relawan Muda Kuching telah menyalurkan sumbangan bantuan dalam bentuk barangan asas dan juga wang tunai kepada 5 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Bintawa Ulu, Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Penerima sumbangan
Sungguh pilu apabila kami mendapati hampir 100% rumah mangsa kebakaran telah hangus dijilat api pada awal pagi semalam.
Atas dasar prihatin, kami telah turun padang untuk melihat keadaan mereka disamping juga menyalurkan bantuan sumbangan kepada ahli keluarga yang terlibat.
Wajah mereka kelihatan begitu teruja saat melihat kami hadir untuk memberikan bantuan. Semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat meringankan beban mereka atas ujian berat yang menimpa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *