Bantuan Mendapatkan Sistem Solar Penduduk Kaiboton

Di saat orang lain mempelajari agama dalam keadaan sempurna, mereka hanya mampu menadah tangan meminta pertolongan.
Betapa nikmatnya kehidupan kita kalau hendak dibandingkan dengan penduduk Kaiboton yang hidup dalam kekurangan.
Namun, semangat mendalami agama dalam diri mereka sangat tinggi! Hasil permintaan mereka, kami berpakat mewujudkan surau al-Aqsa untuk kegunaan mereka melakukan aktiviti keagamaan.
Alhamdulillah, pada pertengahan 2020 surau tersebut berjaya disiapkan untuk membolehkan masyarakat mendalami ilmu agama, selain memupuk persaudara dalam kalangan penduduk dan golongan mualaf.
Sayangnya, surau ini tidak mempunyai bekalan elektirik kerana berada jauh di pedalaman.
Oleh itu, Yayasan Maghfirah dan Fakulti Kejuruteraan UMS bekerjasama untuk memasang sistem solar.
Ayuh bantu kami dapatkan dana RM40,000 untuk menjayakan kempen Infaq Cahaya ini. Sesungguhnya kebaikan anda ini bermanfaat kepada mereka!
“Sesiapa yang melepaskan belenggu kesukaran saudara se-Islam daripada belenggu kesukaran dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskan belenggu kesukaran di akhirat kelak”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *