Bantuan Peralatan Untuk Frontliners

BANTUAN PERALATAN UNTUK FRONTLINERS, SEMOGA TERUS KUAT BERJUANG UNTUK MASYARAKAT
Negeri Sabah terus mencatatkan angka kes pandemik yang mengejutkan!
Dalam sekelip mata, hampir seluruh kawasan di Sabah dalam zon merah.
Oleh itu, sebagai frontliner, mereka siap sedia menjalankan tanggungjawab turun membantu masyarakat.
Sesuai dengan matlamat membantu frontliner, kempen Solidariti Bersama Frontliners 2.0 & Essential Kit berjalan dengan baik.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, bantuan kelengkapan peralatan ini berjaya disampaikan dengan sempurna.
Bantuan yang disalurkan ialah:
KN95, Face Mask, Face Shield, PPE, Hand Sanitizer & Apron.
Bantuan telah pun diserahkan kepada dua hospital Angkatan Tentera Malaysia di Sabah pada 5 Disember 2020.
Kelengkapan peralatan ini sangatlah penting sebagai persediaan kepada frontliner bagi menghadapi jumlah pesakit yang mungkin di luar jangkaan.
Sehubungan dengan ini, pihak kami mengambil inisiatif menyediakan bantuan peralatan dengan secukupnya.
Besar tanggungjawab yang mereka perlu galas! Maka, besar jugalah peranan kita sebagai masyarakat untuk sama-sama membantu.
Justeru, ayuhlah hulurkan sumbangan anda untuk kami realisasikan harapan para frontliner ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *