Bantuan Telah Diterima Di Hospital Labuan

2500 UNIT KN95 & FACE SHIELD SELAMAT DITERIMA HOSPITAL LABUAN,
BANTU PERJUANGAN FRONTLINERS DI SABAH!
Negara kita telah mencapai gelombang ke-4. Gelombang ini menyaksikan peningkatan mendadak beberapa kawasan khususnya Labuan.
Sudah tentu, pihak hospital memerlukan bantuan peralatan untuk menangani jumlah pesakit di luar kawalan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT, bantuan peralatan ini telah pun diserahkan kepada pihak berkenaan pada 5 Disember 2020.
JUMLAH BANTUAN YANG BERJAYA DIAGIHKAN:
Sebanyak 2500 unit KN95 & Face Shield diagihkan kepada Hospital Labuan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Labuan.
Insyaallah, bantuan peralatan ini berupaya membantu para frontliner bagi berdepan dengan kesukaran ini.
Ucapan penghargaan diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia yang sudi membantu menyampaikan bantuan ke Sabah.
Mari tadahkan tangan dan berdoa semoga Allah SWT gandakan kekuatan buat mereka. Terus berjuang untuk masyarakat tercinta!
Dengan ini, kami berbesar hati mengajak anda semua bersama-sama memberikan perlindungan terbaik kepada frontliner kita.
Sesungguhnya sumbangan anda, memberikan makna besar kepada mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *