Bersama Kita Terangi Rumah Kita di Malam-malam Akhir Ramadan

Ada diberikan kelebihan melihat tanda lailatulqadar. Namun, yang lebih penting bila kita beristiqamah menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan ikhlas.

Dalam Kitab Dalil al-Falihin, Syarah Kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi, dikisahkan ceritanya semasa kanak-kanak.

Beliau bangun pada satu malam terakhir Ramadan lalu memberitahu bapanya, bahawa malam itu cerah dan bercahaya tetapi ahli keluarga yang bersamanya tak dapat melihat cahaya itu.

Lalu, ayahnya memberitahu malam itu adalah malam lailatulqadar dan meminta ahli keluarganya beribadat.

Bayangkan jika kita melihat tanda-tanda tapi tak melakukan apa-apa, maka tak termasuklah kita dapat golongan yang mendapat kelebihan lailatulqadar.

Hidupkan malam-malam Ramadan, insyaallah pasti bertemu lailatulqadar walaupun tak dapat melihat tanda-tandanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *