Bersama-sama Kita Doakan Proses Pembedahan Adik Nailah Dipermudah

Adik Nailah mempunyai masalah pendengaran kronik yang menyebabkan kedua-kedua belah telinganya tidak dapat mendengar.
Kita sama-sama doakan semoga pembedahan koklea Implan adik Nailah hari ini berjalan dengan lancar.
InsyaAllah pembedahan akan dijalankan di Hospital Pengajar UPM pada pagi ini. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Beribu terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi membantu adik Nailah untuk menjalani pembedahan ini.
Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan anda.
Terima juga kepada rakan kerjasama I-medik dan Hospital Pengajar UPM.
Semoga tabung Implan Koklea ini dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang senasib dengan Nailah. InsyaAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *