Kapsul Sejarah

Kapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah

  Krisis Yaman berpunca dari perang berlarutan yang bertambah buruk sejak tahun 2011. Sudah ramai penduduknya terbunuh akibat perang dan krisis kemanusiaan. Krisis yang berpanjangan amat dirasai oleh rakyat Yaman malah masyarakat antarabangsa. Sudah pastinya krisis ini amat membimbangkan dan memberi kesan besar antaranya Yaman dilanda masalah kemanusiaan, ekonomi dan kesihatan yang berlarutan.