Cipta Bahagia

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, tetapi ianya bukanlah satu alasan untuk hidup sengsara.
Hati manusia mana tidak ditimpa sedih dan duka? Hari ini kita sedih, esok hari mungkin kita gembira pula. Perasaan datang berganti-ganti, hari demi hari.

Istimewanya seseorang manusia bila dicipta dengan ragam perasaan. Gembira, bahagia, sedih, duka dan kecewa.

 

Dunia ibarat pentas lakonan – kita pelakonnya. Bayangkan betapa hambarnya sebuah drama, tanpa ada babak sedih dan bahagia. Namun, kesemua perasaan ini bukanlah sebab untuk kita tinggal dalam kesedihan yang berpanjangan.

 

Kesedihan ini sementara, pelangi masih ada selepas hujan turun. Ciptalah sebuah bahagia dengan cara sendiri-sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *