Dengan Hanya Sentuhan, Mereka Mengenal Al-Quran

Uniknya Ramadan di dalamnya ada Lailatul Qadar, di mana manusia berusaha untuk menjadi lebih baik. Mereka berdoa agar ditemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu.
Oleh itu, umat Islam berebut-rebut untuk mengejar pahala dengan menunaikan kewajipan berpuasa dan menggandakan amalan termasuk membaca al-Quran.
Bayangkan berapa kali ganda ganjaran pahala bagi mereka yang membaca pada bulan Ramadan. Bagaimana pula mereka yang infaq Quran Braille kepada OKU penglihatan untuk memudahkan mereka menghayati keberkatan Ramadan?
Ya Allah, tak terhitung pahala yang diterima, malah berterusan selagi al-Quran Braille digunakan oleh mereka. Mereka bukan sahaja membaca, malah mempelajari dan mengajarkan kepada orang lain.
Mencurah-curah pahala hanya asbab kita menderma harta kita untuk infaq Quran Braille. Sesungguhnya, pada bulan Ramadan inilah kita bersungguh-sungguh menjadikan Rasulullah SAW suri teladan kita.
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau bertambah kedermawanannya di bulan Ramadan ketika bertemu dengan malaikat Jibril, dan Jibril menemui beliau di setiap malam bulan Ramadan untuk mudarosah (mempelajari) al-Quran”. (Riwayat Bukhari)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *