Erti Sebenar Kejayaan Bergantung Pada Diri Sendiri

Setiap orang mempunyai kejayaan masing-masing bergantung kepada bagaimana mereka memaknakan erti “kejayaan” itu. Ada yang menganggap diri berjaya apabila memiliki rumah dan kereta. Ada yang cukup berjaya mendapatkan pekerjaan.

Kita menentukan bagaimana kejayaan dapat diraikan dalam diri sendiri. Namun, kejayaan tidak akan diraih seseorang sekiranya mereka tidak melihat kepada peluang yang ada.

Peluang memang selalu muncul tetapi tidak tahu bila dan bagaimana! Kita perlu lebih bijak menggunakan kesempatan dengan sebaiknya. Ambil peluang untuk melihat bagaimana setiap perkara berpotensi membuatkan kita berjaya.

Bila sudah berjumpa kesempatan yang ada depan mata, gunakan masa dan tenaga sepenuhnya. Ini kejayaan anda dan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *