Hampir 204,000 Insan OKU Mempunyai Masalah Pembelajaran

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
β€œSesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga”. (At-Tabrani)

Masyaallah, syurga telah tersedia untuk mereka yang menggembirakan hati orang lain. Bayangkan jika kita salah seorang daripada penghuni syurga yang bertuah ini. Semua orang menginginkan syurga, tetapi cukupkah kebaikan yang kita lakukan untuk menempatkan diri kita dalam syurga Allah nanti?

Namun, janji Allah itu pasti untuk orang-orang yang sentiasa berusaha mencari syurga. Oleh itu, kami menjemput kita untuk bersama-sama kami membantu golongan OKU. Terfikirkah kita bahawa dengan asbab sedekah kita, kita telah memberi peluang kepada mereka mendapat pendidikan al-Quran yang sempurna dan membantu menyediakan terapi yang konsisten.

Berapa ramai yang akan menerima kebaikan kita? Pasti bukan sedikit, sebaliknya kepada semua OKU Penglihatan, OKU Pendengaran dan OKU Bermasalah Pembelajaran di seluruh Malaysia!
Mari tempatkan diri kita dalam syurga-Nya dengan beri kegembiraan kepada orang lain.

πŒπ€π‘πˆ π—¦π—”π—Ÿπ—¨π—₯π—žπ—”π—‘ π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—˜ π—”π—žπ—”π—¨π—‘:
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π— π—”π—šπ—›π—™π—œπ—₯𝗔𝗛

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *