Ibu Bapa Hilang Kerja, 2 Anak Nekad Berhenti

HIDUP MAKIN PARAH BILA BAPA HILANG KERJA, 2 PELAJAR NEKAD BERHENTI SEKOLAH!

 

Siapa mahu berhenti sekolah pada usia muda sedangkan kawan-kawan yang lain sibuk menuntut ilmu?
Hanya dengan ilmu, anak-anak ini dapat mengubah kehidupan, keluar dari kemiskinan dan mengejar masa depan!
Namun, siapa pula dapat menyangka aturan Tuhan bila bapa mereka diberhentikan kerja.
Terpaksa atas desakan hidup, anak-anak ini memilih berhenti sekolah kerana tidak mampu lagi membiayai persekolahan!

Bayangkan betapa terkilan dan sedihnya seorang bapa melihat anak-anaknya tidak lagi ke sekolah.
Marilah bersama gantikan kesedihan mereka dengan kegembiraan. Ukir senyuman dan bina semula harapan mereka!

 

Yayasan Maghfirah & i-Guru menyeru tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan untuk #KempenBantuanPersekolahan
Semoga dengan asbab sumbangan tuan/puan, anak-anak ini kembali bersemangat untuk menuntut ilmu!
“Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta”. (Surah az-Zaariyat, 19)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *