Kakitangan Penjara Reman, Penang Terima Bantuan 300 Essential Kit

11/11/2020 (RABU) – Yayasan Maghfirah dengan kerjasama I-Medik sekali lagi berjaya mengagihkan bantuan Essential Kit kali ini kepada pihak Penjara Reman Penang.
Penjara Reman Penang adalah salah satu kawasan yang dikenakan PKPD yang ketat. Sudah tentu kakitangan penjara dan pihak keselamatan yang bertugas di situ menerima risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19.
Di atas permintaan, Yayasan Maghfirah telah mengagihkan 300 Essential Kit hasil kutipan sumbangan tuan/puan sebagai persiapan perlindungan buat para kakitangan yang bertugas.
Semoga Allah membalas amal tuan/puan dengan pahala yang berlipat ganda Amin.

Ayuh teruskan menyumbang untuk tabung ‘Essential Kit’ agar lebih banyak bantuan kit kesihatan seperti ‘face mask’ dan ‘hand sanitizers’ dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan sewaktu tempoh pandemik ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *