Kampung Musnah Serta Merta Dilanda Banjir

Allahu sedihnya… inilah kali pertama kami melihat sendiri depan mata bagaimana keadaan padang jarak padang terkukur, begitulah keadaan menyayat hati sewaktu kami menziarah & mengagihkan bantuan ke kg Batu Kapor, Mentakab semalam.

 

Ada kesan lumpur kuning pada bahagian dinding-dinding rumah melebihi paras 3 tiga meter. Bayangkan betapa tingginya air menenggelamkan rumah mereka!

 

Kami sempat menziarahi dan menemu bual beberapa ahli keluarga mangsa banjir di sana.
“Perabot habis musnah, peralatan semua rosak, semua x dapat diselamatkan”, keluh mereka.

 

Bahkan, ada sebuah rumah yang mengalami keadaan total loss, dinding rumahnya roboh sama sekali dilanggar arus deras!
“Ini kali pertama jadi setinggi ini, kali terakhir paling teruk pada tahun 1971”

 

Dengan hasil sumbangan orang ramai, kami tanpa melengahkan masa segera ke bandar berdekatan untuk mendapatkan sedikit makanan asas, dapur gas, periuk nasi dan lampin untuk diberi kepada keluarga yang benar-benar memerlukan dan sudah berusia.

 

Kami yakin masih ramai mangsa banjir yang mengalami keadaan sama seperti ini.

 

Justeru, kami ingin menyeru tuan/puan untuk terus menyumbang dalam tabung #MisiBantuanMangsaBanjir agar lebih banyak bantuan yang dapat disalurkan kepada mangsa banjir.

 

……………………………………
Anda boleh menaja pakej-pakej bantuan mengikut jumlah keluarga tersebut:
🔰 1 keluarga : RM 100.00
🔰 5 keluarga : RM 500.00
🔰 10 keluarga : RM 1000.00
ATAU
seikhlas hati💖 : tiada had jumlah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *