Kasihan Dengan Jiran, Mereka Berkongsi

#TABUNGMAKANANASNAF | KASIHAN DENGAN NASIB JIRAN TIDAK DAPAT MAKANAN, MEREKA SANGGUP BERKONGSI

Jika tidak nampak di hadapan mata, memang sukar untuk dipercayai. Betapa sukar dan payahnya kehidupan mereka.

Pada 26-27 November lalu, kunjungan Relawan Muda dan Semporna Sabah bagi mengedarkan makanan, benar-benar membuka mata!

Sebaik sahaja menerima bakul makanan, penduduk Pulau Maiga, Semporna, Sabah berbagi-bagi makanan kepada jiran mereka.

Tidak semua orang dapat kami bantu!

Betapa utuh dan hebatnya persaudaraan mereka. Kesanggupan untuk berkongsi makanan di tengah kesusahan begini.

Sedangkan mereka sendiri tahu, keperluan mereka tidak mencukupi. Tetapi semangat kebersamaan mengatasi segalanya.

Bukan itu sahaja, ada juga daripada mereka, terus memasak selepas edaran makanan diterima.

Bayangkan bagaimana laparnya mereka! Menunggu bantuan makanan diberikan. Berapa hari mereka tidak makan? Tiada siapa tahu.

Daifnya mereka, namun mereka kuat. Tinggal di ruang kecil yang berbumbungkan pelepah kelapa dan kayu-kayu hutan.

Jauh sekali dengan kita – mereka masih menggunakan kayu arang untuk memasak. Sementara kita tak perlu bersusah payah untuk menghidupkan api!

Daripada Sayyidina Anas R.A daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak akan beriman seseorang pun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri” (H.R Bukhari)

Alangkah indahnya, jika kita semua menyumbang untuk mereka. Kasih antara insan menyempurnakan keimanan kita. Bersama merealisasikan #TabungMakananAsnaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *