Kelas Sains Percuma Untuk 600 Anak-Anak PPR

RM75,000 DIPERLUKAN UNTUK KELAS SAINS PERCUMA KEPADA 600 ANAK-ANAK PPR DI SELANGOR & KUALA LUMPUR

Bayangkan kegembiraan anak-anak asnaf apabila mereka diberi peluang menyertai kelas sains percuma.
Sedangkan, di luar sana kawan-kawan berkemampuan dihantar ibu bapa mereka ke kelas tuisyen.
Terdetik di hati anak-anak asnaf ini suatu hari nanti mereka dapat mengikuti kelas tambahan untuk mereka memahami subjek sains.
Namun, mereka tak pernah tahu bilakah kesempatan itu akan wujud!

Atas keprihatinan, Yayasan Maghfirah dan AJAR bekerjasama merealisasikan impian anak-anak ini dalam kempen FantaSains.
Jom bersama kami menyumbang seikhlas dan semampu mungkin untuk mereka menghadiri kelas sains percuma ini.

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian”. Sesungguhnya dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.

Berkongsi kegembiraan, nikmati kesyukuran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *