Kempen Quran For All

BERINFAQ – 200 NASKHAH QURAN SEBULAN KEPADA GOLONGAN SASARAN
.
Al-Quran adalah rujukan utama setiap Muslim. Sifatnya yang lengkap menjawab semua permasalahan dalam segala aspek termasuklah ibadat, jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya.
.
Malah, membaca al-Quran menjadi satu ibadah dan mengangkat kedudukan pembaca pada tempat yang mulia.
Mengambil inisiatif untuk mengumpul dana membeli dan mengagihkan al-Quran, pihak Yayasan Maghfirah menganjurkan #KempenQuranForAll.
.
Kempen ini bertujuan untuk membudayakan amalan membaca al-Quran, di samping mengagihkan kepada golongan sasaran 🎯:
– Golongan Asnaf
– Anak-anak yatim
– Rumah kebajikan dan perlindungan
– Mereka yang benar-benar memerlukan
Hasil infaq anda, kami dapat mencapai sasaran untuk mendapatkan 200 naskhah al-Quran sebulan untuk mereka!
.
Hanya RM20 untuk satu nama pewakaf & RM60 untuk senaskhah al-Quran!
.
Berinfaqlah dengan harta yang kita sayangi kerana di dalamnya ada hak orang lain.
“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 92)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *