Keperluan Wanita Terjaga Apabila NGO Turun Padang Lawat Mangsa Banjir

Tak siapa sangka awal tahun ini beberapa negeri dikejutkan dengan banjir besar. Tidak terkecuali Pahang, Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu, semuanya menerima tempias. Malah, jumlah mangsa banjir sendiri mencecah 50,000 orang! Bayangkan berapa banyak kerugian yang harus mereka tanggung dalam banjir kali ini?
Bukan sahaja harta benda rosak, malah pakaian, buku-buku dan dokumen penting dihanyutkan air. Mereka hanya mampu berteduh di pusat pemindahan sementara menanti banjir reda! Pastinya, keperluan mereka tidak mencukupi dalam keadaan serba kekurangan ini.
Oleh itu, beberapa NGO yang prihati telah turun padang untuk menghulurkan sumbangan termasuklah memberi barang keperluan wanita. Namun, tidak meminggirkan juga keperluan lelaki dan kanak-kanak!
Sesungguhnya, peranan NGO dilihat penting untuk menjaga kebajikan masyarakat yang terjejas kerana banjir. Dengan itu, #KitaBantu komited untuk mengajak NGO lain bergabung bagi menggiatkan usaha membantu lebih ramai dengan lebih efisien.
Ayuh, berganding bahu membantu mereka yang kesusahan! Bukan sahaja aspek kebajikan yang kami utamakan, malah aspek pendidikan, kemasyarakatan dan perubatan.
Bersatu Teguh Mencapai Hasrat, Bersama Kita Bantu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *