Bijak dalam berkata, santun dalam bertindak, hati-hati menjaga mulut.

“Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa”

Pasti kita Pernah terdengar peribahasa ini dan tak asing bagi kita memahami maksudnya

Sebab itulah kita perlu menjaga percakapan kita supaya tidak menyakitkan hati orang lain. kadang kala kita beranggapan setiap kata yang kita ucapkan dapat memberikan kesenangan kepada orang lain. tetapi tidak! Ada yang terasa hanya dengan gurauan yang kita anggap lawak, padahal sakitnya menikam dalam dada.

Kenapa diam itu suatu hikmah?

Diam itu pengubat bila mana kita bercakap terlalu banyak perkara yang tidak bermanfaat. Diam banyak membuatkan orang-orang berfikir lebih baik dan rasional. Namun, tidak ramai yang berdiam ketika waktunya.

Diam tidak semestinya tidak boleh bercakap langsung! sebaliknya, diam untuk menyelesaikan masalah. Mungkin dengan diam, kita dapat mencari kata sepakat dan menghindari pergaduhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *