Kesempurnaan Hasil Bergantung Dari Kesungguhan Kerja

Kerja yang terhasil di tangan mereka yang gigih dan bersungguh-sungguh akan menampakkan perbezaan. Namun, tidak semua cukup bersedia untuk melakukan yang terbaik. Asalkan siap sudahlah! Hantar yang mana ada!

Ihsan dalam menukang hasil tiada! Kesempurnaan dalam menjalankan tugas yang diberikan benar mencerminkan diri kita sendiri. Walaupun mungkin, kerja yang kita lakukan tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, keihsanan dalam mengejar sempurna itu besar nilainya pada pandangan Tuhan. Sedaya upaya ingin melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kesempurnaan. Lama-kelamaan, kecemerlangan akan menjadi milik sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *