Majlis Serahan Dana Pertama kepada Maahad Tahfiz Al-Fateh

11/12/2020(SABTU) – Alhamdulillah, telah berlangsung majlis serahan dana pertama antara Yayasan Maghfirah kepada Maahad Tahfiz Al Fateh untuk projek pembinaan bangunan 3 tingkat yang baharu.
.
Program hari ini dimulai dengan upacara pecah tanah di hadapan tapak pembinaan bangunan baharu Maahad Tahfiz Al-Fateh
.
.
InshaAllah projek pembinaan bangunan baharu ini akan dimulakan pada 15 Januari 2021 dan dijangka siap pada 15 Disember 2022.
.
Program diteruskan dengan majlis penyerahan sumbangan di dewan utama Maahad Tahfiz Al Fateh.
.
Majlis dimulai dengan ucapan dari wakil pengurusan Maahad Tahfiz Al Fateh & pihak pengurusan Yayasan Maghfirah dan diakhiri dengan serahan mock check bernilai RM 500,000.00 hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pembinaan bangunan baharu ini.
.
Alhamdulillah terima kasih atas semua sumbangan. Sungguhpun begitu, kami masih memerlukan dana sebanyak RM 3 juta untuk melengkapkan projek pembinaan ini. Kami dari Yayasan Maghfirah membuka seluas-luasnya peluang untuk semua orang berinfaq untuk membantu menjayakan usaha pembinaan bangunan baharu ini kelak.
.
InshaAllah setiap amal mulia dan ibadah yang dilakukan di bangunan baharu hasil infaq ini kelak akan ada saham pahala yang mengalir semula kepada tuan/puan.
Sumbangan untuk bangunan baharu akan menempatkan:
1. Dewan Terbuka
2. Asrama Perempuan
3. 21 buah kelas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *