Objektif Penubuhan

Memberi bantuan kepada anak-anak yatim, orang kehilangan upaya, meringankan penderitaan dan kesusahan orang miskin, orang susah, orang sakit atau orang yang ditimpa musibah atau bencana.

Memberi kefahaman Islam yang syumul berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kepada masyarakat mengikut ajaran ahli sunnah wa jamaah.

Mewujudkan pembangunan pendidikan, agama, ekonomi dan sosial umat Islam ke arah mewujudkan satu masyarakat Islam yang kukuh dari segi ilmu pengetahuan dan jatidiri.

Fokus

Kesibukan ibu bapa bekerja dan kesempitan hidup adalah punca kepada masalah akhlak dan gejala sosial anak-anak terutamanya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) atau lebih dikenali sebagai golongan miskin bandar.

Anak-anak tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna sehingga menyebabkan ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran, tidak tahu bersolat dan mempunyai kefahaman Islam yang lemah.

Keadaan rumah yang sesak dan padat juga menyebabkan anak-anak ini banyak meluangkan masa diluar tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Pada usia yang sangat muda dan pegangan agama yang rapuh, mereka sudah terdedah dengan pelbagai dugaan seperti hiburan melampau, budaya melepak, gangsterisme dan ketagihan dadah.

Justeru itu, Yayasan Maghfirah memandang isu ini adalah masalah serius yang perlu dirawat segera. Kini, Yayasan Maghfirah sedang giat membantu anak-anak yang tinggal di PPR ini mempelajari Pendidikan Agama dan Akademik secara teratur sekaligus dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin bandar dan mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat.

Bagaimana Yayasan maghfirah Berfungsi?

Yayasan Maghfirah menjadi agensi mengumpulan dana bagi penyediaan program yang melibatkan pendidikan, kebajikan, perubatan, dan dakwah. Dengan itu, Setiap projek dapat berjalan dengan lancar tanpa mempunyai masalah pendanaan. Ini Selari Dengan Hasrat utama Yayasan Maghfirah dalam usaha mengislahkan umat.  

Yayasan Berdaftar?

Yayasan Maghfirah (no. pendaftaran: PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Bandar Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.

Menjadi Yayasan unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan, perubatan dan dakwah.

  • Menjadi yayasan terkedepan di dalam membantu umat Islam yang tertimpa musibah.
  • Membangun jaringan jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan tinggi dengan berpaksikan ajaran Islam ahli sunnah wal jamaah.
  • Membentuk sukarelawan di bidang kebajikan dan pendidikan dengan karekter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

Rakan Kerjasama