Misi Bantuan Mangsa Banjir 2020

26 Disember 2020 (SABTU) – Alhamdulillah, tim ISMA Kota Bharu sempat mengagihkan bantuan Misi Bantuan Mangsa Banjir kepada penduduk Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan.

 

Tim kami terpaksa meredah air di dalam kawasan kelapa sawit setinggi paras lutut untuk sampai ke rumah penerima iaitu Pak Mat & Pak Him. Bayangkan sewaktu banjir melanda pada gelombang 1 & 2 tempoh hari kedalaman air mencecah paras dada!
Kami boleh melihat dengan jelas kesan air banjir di dinding rumah mereka & juga kesan kerosakkan yang diakibatkan banjir.

 

 

 

Para penerima bantuan mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada para penyumbang atas bantuan ini. Bantuan ini memang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.
Situasi banjir tahun ini lebih menyayat hati dari tahun-tahun sebelum ini memandangkan para mangsa juga terdiri dari mereka yang terjejas pendapatan akibat wabak pandemik dan PKP yang lalu.

 

Baru sahaja mereka mahu menstabilkan ekonomi & mencari pendapatan banjir pula melanda sehingga menangguhkan segala hasrat tersebut. Yayasan Maghfirah & ISMA mengalu-alukan tuan/puan menghulurkan lebih banyak sumbangan untuk kita membantu meringankan beban mangsa banjir di pantai timur ketika ini melalui tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir 2020.

 

InshaAllah setiap sumbangan tuan/puan hulurkan akan diberkati dengan pahala yang berlipat ganda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *