Pahala Yang Setaraf Seperti Berjihad?

Sesungguhnya Islam menitikberatkan urusan ketenteraan, jihad dan penyatuan umat untuk mempertahankan kedaulatan negara.

 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dari seorang mukmin yang lemah.”

 

Dan ganjaran luar biasa yang Allah berikan kepada orang yang pergi berjihad mempertahankan agama dan negara.
MasyaAllah beruntung mereka yang pergi berjihad! Allah meninggikan darjat buat mereka.

 

Adakah kita yang tidak pergi berjihad tidak boleh mendapat pahala seperti mereka? Boleh sahabat. Rasulullah SAW bersabda,
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (من جهز غازيا في سبيل الله فقد غزا، ومن خلف غازيا في سبيل الله بخير فقد غزا)
“Barangsiapa yang membantu untuk persiapan berperang seorang tentera islam, maka sesungguhnya dia pun turut berjihad”

 

Jika kita membantu keluarga mereka, meringankan beban mereka agar mudah pergi berjihad ia dikira pahala seperti berjihad. MasyaAllah siapa yang tidak mahu bukan?

 

Ayuh kita sama-sama merebut pahala jihad ini dengan memberi hadiah kepada keluarga tentera-tentera yang sedang berjuang diperbatasan ini. Ini tanda penghargaan kita kepada perjuangan mereka.

 

Jom kita persiapkan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak tentera ini. Anak-anak ini juga pasti akan rasa gembira walaupun ibu dan ayahnya tidak bersamanya seperti kanak-kanak yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *