Pasti Ada Manis Setelah Kepahitan

Berapa banyak kegembiraan yang ditaburkan di hadapan mata? Adakah waktu itu kita bersyukur dan bersujud kepadanya dengan lebih lama?

Dengan kebahagiaan juga, Tuhan datangkan ujian kepada kita dalam berbagai-bagai cara! Ada ketikanya, kita bersedih kerana kematian. Ada masanya, kita kecewa dengan kesusahan.

Kerana di sebalik kepahitan yang kita lalui, Tuhan akan menyediakan kemanisan pada akhirnya. Jadi, besar maknanya sabar dalam menghadapi ujian hidup. Berputus asa dan menyalahkan Tuhan hanya mendatangkan kemurkaan-Nya.

Kembali kepadanya dengan fitrah manusia – yang suci dan bersih. Nescaya, Tuhan mendengar setiap rintihan kita dengan sesungguhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *