Peluang Sertai Ibadah Korban Hanya RM50

Berniat untuk melakukan korban sahaja kita sudah berjaya kutip pahala! Bayangkan kalau kita berjaya tunaikan ibadah ini untuk kebaikan golongan asnaf dan miskin bandar.

Alangkah gembiranya kalau kita dapat berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan Aidiladha ini dengan mereka yang memerlukan.

Inilah peluang keemasan kepada tuan/puan untuk menjalankan ibadah korban dalam Korban Ummah 2021. Namun, jika tuan/puan tidak berkemampuan, kami menyediakan sedekah korban serendah RM50.

Jom bersama kami hadiahkan korban di samping berkongsi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan! Sesungguhnya kebaikan kita ini diberikan ganjaran di sisi Allah SWT, insyaallah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *