Pemergian Yang Ditangisi

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Cuma manusia tidak pernah tahu bilakah aturan hidup ini akan berakhir. Ketika kecil, kita semua dilahirkan dan menggembirakan hati yang lain.

Manfaatkan kehidupan di dunia dengan sebaik-baiknya. Ya, manusia tidak pernah sempurna kerana yang sempurna hanyalah Allah SWT. Selagi kita mencuba sedaya upaya menjadi hamba yang terbaik, selagi itulah adanya ganjaran kepada kita.

Kebaikan ini akan kekal sehingga kematian. Orang akan mengingati kita kerana kebaikan yang kita lakukan kepada mereka. Kehilangan kita dari dunia ini akan diakhiri dengan tangisan.

Jadikan setiap masa di dunia sebagai detik yang terindah. Biarpun ujian sering melanda diri. Adakalanya jatuh dan bersedih tetapi kita masih boleh bangkit dan tersenyum. Berbaiklah sesama manusia, semoga akhir hidup kita adanya keberkatan dari Tuhan. Dosa dengan Tuhan boleh bertaubat, tapi dosa dengan manusia harus saling memaafkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *