Peniaga Antara Golongan Paling Terkesan ketika PKP

En Najib merupakan ayah kepada 2 orang anak kecil dan peniaga kecil online sepenuh masa sejak 2 tahun lepas.

Beliau berniaga beberapa jenis produk yang dihasilkannya sendiri bagi menampung kehidupan keluarganya.

Baru-baru ini, permintaan produk mula meningkat namun akibat kekurangan modal dan peralatan perniagaan beliau tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.

Dengan pelaksanaan lockdown baru-baru ini pula menyebabkan sebahagian produknya tidak dapat dijual dan pendapatannya mula merosot hari ke hari sehingga terpaksa menjual sebahagian barang2 terpakai di rumahnya bagi kelangsungan hidup keluarganya.

Alhamdulillah semalam kami menjejaki beliau dan sampaikan sedikit sumbangan barangan asas bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

InshaAllah Tabung Kecemasan Jiwa Peduli sedang berjalan & berhasrat untuk membantu lebih ramai perniaga kecil yang terkesan seperti En. Najib di musim pandemik ini.

Dengan sumbangan 𝗥𝗠 𝟭𝟬𝟬 tuan/puan boleh membantu dari segi melengkapkan wang modal, peralatan kelengkapan perniagaan, & khusus kemahiran perniagaan.

Namun, Tuan/Puan juga boleh menyumbang secara seikhlas hati, InshaAllah setiap dari sumbangan itu akan ada saham di sisi Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *