Penyerahan 500 Botol Cecair Pensanitasi Tangan Dari Pihak UMK

26 Dis 2020 (SABTU) – Cyberjaya, Simbolik serahan 500 botol cecair pensanitasi tangan daripada pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada Yayasan Maghfirah.
UMK mempunyai kepakaran dan fasiliti yang lengkap dalam menghasilkan pensanitasi tangan berpandukan kepada formulasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Oleh itu, UMK telah dipilih oleh Yayasan Maghfirah bagi membantu menghasilkan pensanitasi tangan bagi diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

 

Penghasilan pensanitasi tangan ini dipantau oleh ahli kimia yang bertauliah daripada UMK dan dibuat di makmal yang mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang lengkap. Wakil daripada UMK iaitu Dr. Abdul Hafidz yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuteraan Dan Teknologi UMK merangkap Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan UMK telah hadir bagi menyerahkan sanitasi ini kepada Yayasan Maghfirah.

 

Semoga usaha #solidaritibersamafrontliners ini dapat sama-sama membantu masyarakat untuk lebih terpelihara daripada jangkitan covid 19 seterusnya dapat memutuskan rantaian wabak ini dengan segera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *