Quran Braille Tidak Dijual, Hanya Boleh Ditempah

QURAN BRAILLE TAK DIJUAL DI KEDAI BUKU, HANYA JIKA DITEMPAH DAN DIINFAQ BARU MEREKA DAPAT!
Sukarnya untuk OKU penglihatan mendapatkan senaskhah al-Quran Braille.
“Sebelum ini saya tak pandai membaca al-Quran. Sewaktu berumur tujuh tahun, saya mula belajar dengan mendengar bacaan al-Quran”.
Ini merupakan luahan dan pengalaman seorang OKU penglihatan dalam proses mempelajari al-Quran.
Sementara kita yang celik, tiada berkehalangan untuk membaca dan mengenal huruf-huruf al-Quran.
Namun tidak bagi mereka!
Hanya dengan al-Quran Braille, mereka mampu menulis dan mengeja, mengenal dan membaca.
Walaupun begitu, mereka tetap tidak boleh membaca al-Quran Braille jika tidak mempelajari cara membaca, mengetahui asas dan kod Braille terlebih dahulu.
Singkatkan masa mereka untuk mendalami al-Quran dengan menginfaqkan al-Quran Braille.
Nikmati kegembiraan, luaskan kesyukuran – berkongsi kenikmatan.
Ayuh kita rebut SAHAM AKHIRAT dengan berinfaq al-Quran Braille.

 

Pakej pemberian Quran Braille:
1. Kelas Pengajian + Quran Braille : RM500
2. 1 Naskhah al-Quran Braille : RM400
3. Kelas Pengajian Braille : RM100
4. Infaq Iqra’ Braille : RM90
5. Muqaddam & Tajwid Braille : RM45

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *