Sedekah Quran di Hari Jumaat Yang Mulia

Diceritakan sahabat baginda, Abu Thalhah memiliki kebun Bairuha’ yang terletak berhampiran Masjid Madinah.

Kebun inilah satu-satunya harta yang paling dicintai dan dibanggakan!

Namun, setelah kedatangan Rasulullah SAW ke kebunnya, beberapa ketika turun surah Ali Imran, ayat 92:

“Sekali-kali kamu tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya”.

Mendengar ayat di atas, Abu Thalhah bergegas mendapatkan Rasulullah SAW dan berkata, “…terimalah kebun Bairuha’, satu-satunya harta yang aku miliki, sebagai sedekah. Aku serahkan kepadamu untuk dibahagikan kepada orang yang memerlukan”.

Tergambarkah bagaimana kemurahan hati Abu Thalhah menafkahkan kebunnya, walhal itu satu-satunya harta yang beliau ada?

Mungkin kita hari ini tak punya kebun tetapi cukup sekadar menafkahkan wang untuk kempen Quran For All.

Tempatkan nama anda sebagai pewakaf di lembaran al-Quran hari ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *