Siaran Langsung Iqbal Khalid Initiative Di Radio IKIM

18/11/2020 (ISNIN) – Yayasan Maghfirah telah bersiaran langsung di IKIM FM bagi projek Iqbal Khalid Initiative yang diwakili oleh Puan Mariam Malek (Pengurus Projek dan Operasi, Yayasan Maghfirah) bersama Dr Azyati (Setiausaha Agung IMEDIK).

Iqbal Khalid Initiative memberi fokus kepada pelaksanaan tiga projek dibawahnya yang mana projek-projek ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pesakit dan pasca rawatan serta kos menjalani sesi terapi yang berkaitan.

Setakat ini, Yayasan Maghfirah telah menerima lebih 20 permohonan dan lebih 10 daripadanya telah disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Teruskan menyumbang dan semoga dengan usaha Iqbal Khalid Initiative ini dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana dengan sumbangan yang dihulurkan oleh tuan/puan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *