Sukarelawan Yayasan Maghfirah

Berminat dengan kerja-kerja sukarelawanan?
Peluang untuk anda menyumbang tenaga kepada masyarakat bersama kami. 

Borang Daftar Sukarelawan

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan lazim berkaitan menjadi sukarelawan Yayasan Maghfirah

Tiada had umur yang dikenakan. Sesiapa sahaja boleh menyertai sebagai sukarelawan.

Pihak YM tidak menjanjikan sebarang faedah berupa fizikal kepada para volunteer selain sijil penyertaan program. Namun, latihan akan diberikan kepada sukarelawan yang berdaftar dengan YM dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Peranan sukarelawan adalah meliputi pelbagai aktiviti dan khidmat sukarela seperti dalam bidang-bidang kebajikan, pemulihan, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekeliling. Selain itu, sebagai sukarelawan, kita sebenarnya membawa semangat kepada para asnaf untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

Tiada kelayakan khusus atau syarat yang diperlukan untuk menyertai sukarelawan YM. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak mengira faktor umur, bangsa, dan agama.

Pihak YM tidak dapat mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya anda perlu menyertai program YM yang dijalankan pada hari bekerja. Harap maklum.

Pihak YM tidak ada menyediakan pengangkutan ke tempat program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu awal kepada sukarelawan. Harap maklum.

Pihak YM tidak menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat sukarelawan yang memerlukan bagi sesuatu program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu.

Ya. Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan YM kerana tiada syarat khusus atau kelayakan yang diperlukan. Anda boleh terus layari laman web rasmi YM; www.creativemukmin.com dan klik ‘Daftar Sukarelawan YM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.

Ya. Anda boleh hantar kertas kerja / surat permohonan menjadi sukarelawan bagi program YM ke emel [email protected] Kuantiti yang dibenarkan hanya 10 dan ke bawah sahaja untuk setiap program.