Ujian Tanda Kasih Allah

Fitrah manusia sentiasa diuji. Ujian untuk setiap individu juga berbeza-beza mengikut kemampuan yang Allah sahaja maha mengetahui. Namun, Allah tidak akan membiarkan hambanya yang Dia uji tanpa petunjuk yang jelas. Allah memujuk hambanya melalui Surah Al-Hadid ayat 22-23 :
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ () لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ () الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Artinya: “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”.
Pujukan Allah dalam ayat ini adalah supaya kita tidak berputus asa dengan apa hilang daripada kita. Hal ini kerana apa yang ada pada kita hari ini adalah pinjaman semata-mata dan bersifat sementara. Ujian kesusahan itu juga adalah tanda Allah sayang kepada kita supaya kita tidak lalai untuk ingat kepada-Nya.
Namun, nikmat yang kita kecapi pada hari ini juga adalah satu bentuk ujian. Ujian nikmat adalah perkara yang kita sering terlepas pandang kerana ianya berlaku dalam keadaan tanpa kita sedar.
.
Jom rebut peluang berinfaq sementara peluang masih ada !
============================
1 pakej : RM 60
– Pembelian Al-Quran
– Pengagihan Al-Quran
============================
Untuk berwakaf anda boleh salurkan melalui pautan dibawah:
.
Yayasan Maghfirah:
CIMB: 8603221427
Sila nyatakan “wakaf Quran”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *