Wow, Komik Yayasan Maghfirah!!

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah realiti yang berlaku sekarang”

SITUASI 1
Hari hujan..hujan lebat tapi sebab fikirkan anak-anak & isteri terpaksa juga basah kuyup cari rezeki

SITUASI 2
Bangun jam 4 pagi dah, bersengkang mata nak masak untuk niaga tapi tunggu-tunggu pelanggan hari tu tak ada seorang pun datang beli

SITUASI 3
Modal dah keluar dah bulan ni nak beli barang, nak bayar sewa kedai… tapi akhirnya berniaga rugi, pulangan kosong.

Mereka lalui dilemma ini tiap-tiap hari lebih lebih lagi di waktu pandemik ini. Pelanggan semakin hari semakin kurang. Kalau dulu mungkin anak-anak & isteri bolehlah makan walaupun untung niaga tak seberapa tapi kini ada yang terpaksa berlapar.

Terkesan dengan apa yang dilalui oleh peniaga kecil, Yayasan Maghfirah mengajak tuan/puan menyumbang untuk Tabung Bantuan Kecemasan Jiwa Peduli.

Sumbangan RM 100 untuk bantu – wang modal, peralatan kelengkapan perniagaan & kursus perniagaan.

Atau menyumbanglah serendah RM 30 atau RM 50 pun dengan klik pautan “BERKONGSI REZEKI”

Yakinlah ALLAH ITU PEMILIK REZEKI, dan pasti Dia-lah yang akan membalasnya.

“Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikkannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah al-Saba, ayat 39)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *